Pages

Saturday 26 October 2013

MEDAN INDONESIA


BACKPACKER KE MEDAN 4H3M

Assalamualaikum...... cuti sekolah dah hampir., pasti ramai yang merancang untuk bercuti.,
tak kiralah dalam negera atau pun luar negara.

Pagi ini saya nak ceritakan pengalaman saya dan anak-anak bercuti ke Medan secara Backpacker
atau pun orang cakap redah je...,
Setelah merancang dan booking ticket dengan Air Asia saya pun mula mengumpul segala informasi
backpackers yang lain. Print dan jadikan ia satu guide line. Kami berempat semua nya perempuan.
Anak sulung saya Nor'ain, Ayu dan Damia. Semua dah saya siapkan cuma tunggu hari untuk berangkat je.
Di LCCT , Damia terlalu seronok sangat sebab ini first time naik kapalterbang., lucu juga tengok telatah Damia yang takut pada mulanya. Ayu pulak rasa macam mimpi. tak pecaya dia naik kapal terbang ke Medan.  Kami sampai di Medan waktu petang dan ambil teksi ke Hotel di Pasar Pajak Ikan., kawasan yang paling sibuk dan senang untuk kami bergerak.

Lalulintas di Medan amatlah sibuk ., pening juga dibuat nye sebab tak pernah jumpa keadaan yang sibuk begini. Malam pun tak boleh nak tidur bising dengan bunyi hon...memang pening dibuat nye


Esoknye kami bershopping sakan, tukar lagi duit Indon., seronok pulak pegang duit berjuta-juta


Friday 25 October 2013

Selamat Datang Ke Blog saya

SELAMAT DATANG ke blog saya.

 Terimakasih kerana sudi melayari blog saya. Blog ini dihasilkan untuk saya berkongsi pandangan dan pengalaman yang telah saya lalui dan juga tauladan yang dapat kita jadikan panduan hidup daripada mereka yang telah pengalaman daripada saya.

Rajin-rajinlah berkunjung ke blog saya untuk mendapatkan kisah-kisah terbaru.Jika ada sebarang komen atau cadangan bolehlah anda tinggalkan  diruang yang telah saya sediakan.

Cerita saya hari ini adalah - saya telah pun mendaftarkan diri untuk belajar membuat untuk membuat blog yang beretika di Kolej Komuniti Kuala Langat.

Dari masa ke semasa saya akan selalu meemaskinikan blog saya.Terima Kasih.